
PN. AZLINA BT ABD KUDUS PEGAWAI KHAS
KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN (KGSK)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEREMBAN
OBJEKTIF
Mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman.
AHLI KGSK
- Guru Bersara Wajib / Pilihan
- Pesara Guru Siswazah (SW)
- Pesara Guru Bukan Siswazah (BS)
- Pemegang Kelayakan Ikhtisas Perguruan
- Ijazah Sarjanamuda dengan Pendidikan (S1)
- Diploma Pendidikan KPM (B1)
- Sijil Perguruan (B1)
- Bekas GSTT
- Bekas GSTT Siswazah (S2)
- Bekas GSTT Diploma (B2)
- Bekas GSTT STPM (B3)
- Bekas GSTT SPM (B4)
BAYARAN ELAUN KGSK
Kategori |
Gaji (RM) |
ITKA (RM) |
Jumlah (RM) |
Pesara Siswazah (SW) |
- |
- |
150 |
Pesara BukanSiswazah (BS) |
- |
- |
110 |
S1,S2 (Ijazah) |
82.70 |
13.00 |
95.70 |
B1,B2 (Diploma) |
66.60 |
7.00 |
73.60 |
B3 (STPM) |
52.40 |
7.00 |
59.40 |
B4 (SPM) |
35.70 |
5.00 |
40.70 |
TEMPOH LANTIKAN KGSK
- Satu hari sehingga setahun
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENJADI AHLI
- Datang ke PPD Seremban dan berjumpalah dengan Pegawai Khas KGSK PPD Seremban untuk mengisi Borang Permohonan dan sesi temuduga untuk menjadi ahli KGSK.
SYARAT ASAS MEMOHON
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Had umur minimum 18 tahun sehingga 65 tahun
- Mempunyai kelulusan akademik yang diiktiraf
- Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya dan kepujian dalam 3 matapelajaran lain
- Mempunyai pengalaman sebagai guru
ATAU
Mempunyai kelulusan ikhtisas (Sijil Perguruan/Diploma Perguruan/Diploma Pendidikan/Ijazah Sarjanamuda dengan Pendidikan) dari pusat pengajian yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.
- Bagi lantikan guru-guru agama, calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat SPM atau IV Senawi
KELAYAKAN UNTUK SEKOLAH MEMOHON GURU KGSK
- Semua peringkat di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah termasuk Prasekolah, Pendidikan Siswazah dan Tingkatan 6.
- Terdapat ketiadaan guru atas sebab-sebab seperti
- cuti menunaikan haji
- cuti sakit
- cuti bersalin
- cuti rehat khas
- cuti tanpa gaji/separuh gaji
- bertugas luar untuk aktiviti kokurikulum / koakademik
- menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan
- cuti belajar (Tahun Pertama Sahaja)
- menghadiri mesyuarat/seminar
- Pengecualian untuk sebab-sebab seperti menggantikan guru yang bersara, naik pangkat, berpindah atau meninggal dunia.
TUGAS AHLI KGSK
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
- Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
- Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
*
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung terus dengan Pn. Azlina Abdul Kudus, Pegawai Khas KGSK di PPD Seremban atau hubungi talian 06-7652653.
UPDATE!
- Sehingga 29 September 2009, PPD Seremban sudah pun mempunyai 291 keahlian berdaftar.
|